Alergi Susu: Punca & Cara Ibu Bapa Boleh Bantu Anak Menangani Alahan

Anak anda mempunyai alergi susu? Mukanya ada ruam selepas minum susu? Jika ya, ketahui punca & cara ibu bapa boleh bantu anak dengan mudah disini.

Adakah anda rasa anak anda mengalami alergi susu? Anak anda nampak elok sahaja meminum susu pada mulanya tetapi lama kelamaan, ada seperti yang tidak kena dengan anak anda apabila meminum susu formula. Anak anda mula mengalami kegatalan ataupun ruam yang teruk. 

Jika ini yang berlaku kepada anak anda, besar kemungkinan anak anda mengalami alahan yang berpunca daripada susu. Walaupun susu adalah merupakan sumber nutrisi terpenting untuk anak tetapi pada masa yang sama juga susu formula terutamanya boleh mengakibatkan alahan atau alergi kepada bayi. 

Bayi dan masalah alergi susu

Alergi Susu: Punca & Cara Ibu Bapa Boleh Bantu Anak Menangani Alahan Kredit: Webmd

Masalah alahan susu dalam kalangan bayi seringkali dikaitkan dengan alahan susu formula. Dari segi istilah perubatan, ia turut dipanggil alergi susu lembu. Masalah ini mula berlaku apabila ibu mula memberikan susu formula kepada bayi selepas mereka habis berpantang atau sebagai tambahan kepada susu badan. 

Susu formula diperbuat daripada bahan susu lembu dan menjadi pilihan utama kebanyakan ibu bapa di Malaysia bahkan seluruh dunia sebagai supplemen atau pelengkap tambahan kepada keperluan nutrien bayi.

Sungguhpun begitu, alahan susu formula adalah suatu perkara yang sering dialami dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Ibu bapa tidak perlu bimbang dan menyangkakan bahawa anak mereka akan sentiasa menghadapi alahan susu sehingga dewasa. Berita baik kepada ibu bapa. Alergi ini akan hilang seawal usia anak 2 tahun atau 3 tahun. Jadi ibu bapa tidak perlu bimbang! 

Malah, bukan semua bayi akan mengalami alergi susu formula kerana hanya 1 hingga 5 peratus bayi sahaja akan mengalami alahan susu. Pertama sekali, anda harus mengetahui apakah sebab yang mengakibatkan bayi mendapat alahan susu.

 

Punca alergi susu berlaku

Alergi Susu: Punca & Cara Ibu Bapa Boleh Bantu Anak Menangani Alahan Kredit: Pixabay

Alergi susu berlaku apabila badan bayi mempunyai tindak balas terhadap protein yang berada dalam susu lembu. Sistem pertahanan bayi melihat protein ini sebagai satu bahan yang sangat asing. Oleh sebab itulah, anda melihat tanda-tanda alergi dialami oleh bayi sebagai cara tubuh bayi memberi reaksi terhadap bahan asing ini. Kebiasaannya alahan akan mula muncul selepas 1 minggu anda memberikan anak anda susu formula.  Jom baca dengan lebih lanjut mengenai tanda-tanda alahan susu dalam kalangan bayi.

 

Tanda alergi susu

Alergi Susu: Punca & Cara Ibu Bapa Boleh Bantu Anak Menangani Alahan Kredit: Pixabay

Antara tanda yang dialami anak anda apabila alahan susu adalah:

  • Muntah
  • Gatal atau ruam
  • Nafas berbunyi
  • Batuk
  • Bengkak pelupuk mata dan bahagian lain badan(angioedema) 
  • Tindak balas seluruh badan yang cepat dan menyerang secara tiba-tiba
  • Najis berdarah
  • Berak cair
  • Muntah

Perhatian kepada ibu bapa.

Kejutan anaphylactic adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku kepada bayi yang mengalami alergi susu. Tetapi sekiranya anda melihat anak anda mempunyai tindak balas yang sangat serius seperti bengkak pada bahagian mulut dan tekak, tekanan darah yang turun dan kesukaran bernafas. Sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan kadar segera.

Adakah alergi susu ini akan mengakibatkan masalah yang besar di kemudian hari?

Walaupun biasa berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak boleh mencetuskan masalah yang sangat bahaya. Antaranya ialah:

  • Mengakibatkan kemungkinan berlakunya kematian disebabkan serangan anaphylactic 
  • Zat makanan yang berkurangan
  • Pertumbuhan badan anak terbantut disebabkan oleh penyakit usus.
  • Mendapat alahan seperti ekzema dan asma

Boleh ke saya beri anak saya minum susu kambing?

Anak anda mengalami alahan susu disebabkan oleh susu lembu. Ramai ibu bapa menyangkakan bahawa susu kambing merupakan pengganti terbaik kepada susu formula berasaskan susu lembu. Tetapi tahukah ibu bapa bahawa ciri protein dalam susu lembu adalah lebih kurang dengan ciri protein susu kambing? Disebabkan itulah, susu kambing tidak dibenarkan untuk bayi anda jika bayi anda mengalami alahan.

Cara bantu anak menangani alergi susu

Kasihan sungguh si anak apabila mengalami alahan ini. Kesan sampingannya kadang begitu teruk sekali sampaikan ibu bapa berasa sedih tengok anak sakit. Tetapi, jangan risau sebab ibu bapa boleh lakukan sesuatu untuk elakkan anak anda mendapat alahan. Ini cara-caranya!

#1 Jangan beri anak dengan produk berasaskan susu lembu

Setelah anda mengenal pasti bahawa anak anda mendapat alahan daripada susu lembu, elakkan sama sekali dengan memberi anak anda susu formula berasaskan susu lembu atau produk berasaskan tenusu.

#2 Jaga permakanan si ibu 

Ibu-ibu dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang permakanan yang berunsurkan atau berasaskan susu lembu atau produk tenusu.

#3 Tukar susu formula

Sebagai alternatif, anda boleh memberikan anak anda susu formula berasaskan soya atau menggunakan susu yang diiproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula).

#4 Beri susu badan

Susu badan dapat membantu dan mencegah alergi. Malah, ia sangat digalakkan terutamanya pada bayi yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alahan. Beri anak anda susu badan sepenuhnya sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama.

#5 Dapatkan nasihat pakar dan doktor

Jika ibu bapa memerlukan pandangan kedua atau ingin meminta nasihat selanjutnya mengenai alergi ini, anda juga boleh berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dan cara rawatan terbaik.

Sumber: myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:   Fakta Penting Tentang Alahan Susu Dan Simptomnya Kepada Bayi Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!